Blog Ini Boleh Dibuka Melalui Mobile Anda !

Tuesday, 5 April 2011

(MESTI BACA)senjata - senjata ghaib kerajaan Firaun (part 1)

Segala pujian bagi Allah swt ,Tiada Tuhan melainkan Dia,Tuhan pencipta alam semesta,yang maha pengasih lagi maha penyayang,yang maha adil,yang maha mengetahui,yang maha baik,yang menurunkan Muhammad s.a.w sebagai pembawa berita gembira kepada umat manusia,ketua kepada umat manusia dan jin.selawat ku ke atas baginda Rasulullah s.a.w.


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh,

Selepas mengenali dan mengetahui sejarah mengenai kesinambungan kerajaan firaun, di dalam topic ini aku ingin berkongsi bagaimana kerajaan firaun menggunakan senjata – senjata halus untuk mengosongkan jiwa manusia dan dalam mendapatkan taat setia kepada kerajaan mereka. Tidak dinafikan system kita hari ini lah yang telah menjadikan manusia tertekan kerana memikirkan masalah dunia yang bersangkut dengan kehidupan  seharian. Selepas berlakunya “kemerdekaan” seperti yang dikatakan, pihak kerajaan firaun secara rasminya memegang system pentadbiran Negara. Segala aspek kehidupan manusia dari kecil hingga ke besar dipegang oleh mereka,mengawal bentuk pemikiran masyarakat yang akan dibentuk. Tiada salahnya keamanan dan keselesaan dari peperangan yang telah dicapai itu,tetapi penolakan penggunaan system Islam telah melahirkan generasi yang baru,iaitu generasi yang dikatakan “modern”. Definsi “modern” yang telah ditanam oleh kerajaan firaun ke setiap jajahannya ialah pembangunan yang pesat,technology yang  telah banyak membantu manusia dalam kehidupan seharian,fesyen yang mengurangkan kain di pakaian,penggunaan bahasa kerajaan Firaun America sebagai bahasa kelas pertama,penyebaran maklumat dengan pantas dan besar – besaran,hiburan yang melampau,hingga kini kita dapat melihat dengan sendiri kesan ini kepada anak – anak muda kita yang berlumba – lumba untuk menyertai dunia hiburan.


menulis semula sejarah yang bertentangan dengan sejarah yang sebenar,sejarah yang berlaku di dunia anda boleh dapati di dalam kitab paling suci iaitu Al Quran,kerajaan firaun telah mengubah semua sejarah supaya mereka diletakkan sebagai penyelamat dan wira kepada manusia



fashion yang kurang kain sengaja dipopularkan, supaya manusia kembali seperti zaman gelap dahulu,mengurangkan rasa malu manusia,diberikan pandangan yang baik dan modern oleh kerajaan firaun.fashion yang menunjukkan beberapa bahagian tubuh ini,sengaja dicipta supaya mudah membuat manusia melakukan kejahatan,supaya sentiasa memikir tentang fashion bukan Tuhan dan ajaran yang baik.ini memang sengaja dilakukan oleh kerajaan firaun dalam mengawal manusia dan menaikkan ekonomi industri textile mereka,malah ini satu bentuk penghinaan pada Islam oleh mereka,kerana mereka mengetahui ajaran Islam mengajar penganutnya berstatus tinggi dengan menutupi badan mereka,tetapi mereka berjaya menjadikan wanita - wanita Islam hari ini nampak begitu rendah martabatnya dan di turunkan status sehingga ke taraf pelacur tanpa wanita - wanita Islam sedari.satu bentuk kemenangan yang besar pada mereka dan satu bentuk penghinaan pada Nabi Muhammad s.a.w daripada penganutnya sendiri.



kerajaan negara kita meluluskan sebuah akedemi hiburan,menunjukkan betapa hiburan adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia hari ini.satu lagi kemenangan bagi mereka dalam memusnahkan umat Islam dan mereka berjaya memisahkan akal,hati dan badan dari Tuhan yang penyayang.

Apa yang ingin aku ketengahkan ini,adalah lebih halus dan jarang di perasan oleh orang,apabila kerajaan firaun pada mulanya memasukkan sebuah peti, dan pada pendapat aku, rancangan mereka ialah untuk meletakkan setiap satu rumah dengan satu alat ini yang dipanggil televisyen,semasa aku di arab,rakan bapa ku,yang aku panggil uncle Isa,seorang rakyat Palestine “ you see syihan,these box is a must in every house now, I remember when my father told me when I was young, ready my son,for Dajjal will come with one eye,telling you lies and fitnah,knocking on every human door,this is what my father called as dajjal tools,sometimes it is good to have one,if you watch good information,but most of the time it is not good,it implant negative images and thinking to our children from small” . Apa yang rakan bapaku telah katakan itu ada benarnya,melalui peti ini lah, manusia akan di’sudukan’ segala maklumat kebanyakan maklumat adalah maklumat yang terkawal dan kebanyakannya menyeronokkan supaya sentiasa merasa selesa,senang,gembira dan ghairah, yang pasti maklumat – maklumat yang disalurkan ke peti ini,adalah maklumat dari kerajaan firaun sendiri, ini adalah bagus kerana,ia membantu Negara mereka sentiasa dipandang tinggi,menjadi idola kepada mereka yang menonton mengenai mereka setiap hari,lihat Negara kita hari ini,semua orang ingin menjadi seperti mereka dan dianggap maju,jika anda tidak mengikuti perkembangan maklumat ini maka anda akan dikatakan kolot dan ganas,sungguh mereka telah terbalikkan akal kita,penyebaran maklumat ini juga membantu menaikkan ekonomi mereka,kerana produk – produk mereka,pakaian dan budaya mereka diketengahkan dan diberi pandangan yang positive supaya dapat diterima oleh manusia,jika mengenai Islam pun ianya hanya menyiarkan dengan sedikit sahaja,supaya tidak mahu mewujudkan persoalan,maklumat agama yang diberi juga terkawal,apa yang mereka lakukan mudah sahaja,kurangkan subjek yang mampu menjadikan manusia berfikiran tinggi dengan sentiasa mengkaji,iaitu subjek agama,lebih – lebih lagi agama Islam,lihat di sekolah – sekolah,subjek agama adalah seperti subjek yang kurang penting untuk dipelajari,kemudian menceritakan kepada anak – anak mengenai kehebatan teknologi datang dari mereka semuanya,kita dibesarkan dengan maklumat – maklumat sebegitu dari kecil lagi, jadi mereka telah menjadikan diri mereka wira dari kita kecil lagi.

"one eye" ini lah yang dikatakan rakan bapaku,alat penyebaran maklumat secara besar - besaran

Kedua,wayang. Pada zaman perang dunia pertama dan kedua,kerajaan Firaun Yahudi America banyak menggunakan alat ini untuk menaikkan semangat tentera dan rakyatnya dan sebagai alat penyebaran maklumat tentang  kemenangan – kemenangan dan racangan – rancangan seterusnya yang akan dilakukan oleh Negara tersebut,alat ini ternyata sangat efektif dalam mempengaruhi akal manusia dalam penyebaran maklumat di samping menjana pendapatan yang lumayan, jika anda perasan panggung wayang adalah kelas yang paling efektif di dunia,hanya satu kali pergi anda boleh mengingatinya sehingga ke besar,kerana keberkesanannya dalam memasukkan maklumat ke dalam kepala anda begitu dalam sekali. Contoh anda menonton cerita superman semasa kecil dahulu,cuba Tanya diri anda kembali,pasti anda boleh mengingati dengan tepat bentuk pakaian,warna pakaian,kuasanya dan mungkin jalan ceritanya sekali.  Steven spielberg boleh dikatakan wira yang hebat kerajaan firaun kerana telah membantu menanam fahaman ke dalam setiap manusia,dan telah menaikkan nama America dan telah menjana berjuta – juta duit hasil dari pembikinan filem beliau,membantu produk – produk lain laris,baju – baju dan budaya mereka menjadi idola,barang – barang elektronik mereka,makanan – makanan mereka dijadikan idola juga,senang kata,  dalam satu filem yang ditayangkan ke seluruh dunia mereka telah mengawal akal manusia,memesongkan akidah manusia dan telah membuat mereka kaya,hebat!

kelas paling efektif di dunia,semua orang akan dapat A,kesan pembelaraan dan penanaman maklumat ke dalam otak manusia paling efektif,di samping mengosongkan jiwa,dan menanam fahaman baru yang dikatakan modern iaitu,ganas,menggahairahkan.alat ini juga mampu menjana ekonomi sesebuah negara secara besar -besaran

Setelah keselesaan dan perjalanan manusia telah diaturkan di dalam system mereka,manusia tidak perlu lagi memikir lebih,semuanya telah diaturkan,tiada salahnya ini,ini adalah perkara yang bagus,langkah seterusnya iaitu kemasukan maklumat terkawal melalui media yang akan menyebabkan keseronokan dan keghairahan yang melampau . Ini memang sengaja dilakukan supaya manusia dikosongkan dan dijauhkan memikir tentang Tuhan malah mudah untuk dikawal,malah jika ada yang sedar pun,mereka tetap tersangkut di dalam system ini,menjadikan manusia tiada pilihan selain memilih juga jalan kehidupan dalam system ini.

Setelah mengosongkan jiwa,dan mengisi maklumat – maklumat yang diperlukan,mereka akan mensyirikkan manusia dari yang kecil sehingga yang besar. Bagaimana mereka lakukan? Seperti yang disebut pada awal tadi, mencipta wira yang mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan yang dapat menandingi Tuhan. Penyebaran maklumat yang kurang mengenai Tuhan di dalam system dan di isikan pula dengan wira,pelindung baru,contoh,superman,batman,spiderman,transformers,ini adalah idola – idola anak – anak kecil kita hari ini. Tetapi bukannya Allah swt, Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi – nabi lain,yang diberikan mukjizat kelebihan dari manusia lain. Setelah maklumat pensyirikan ini berlaku,kita boleh dapati setiap hari anak – anak kecil akan menyebut nama mereka,tuhan – tuhan baru yang dicipta kerajaan firaun,perkara ini juga berlaku pada zaman firaun dahulu. Zaman firaun dahulu,dewa mereka Horus the great dicipta bagi menjadikan dia seperti wira dan pelindung kepada manusia,boleh terbang mengelilingi dunia,kuat dan baik hati.


manusia yang mempunyai kuasa seperti Tuhan dicipta oleh kerajaan firaun sebagai pengganti Tuhan yang sebenar,maklumat  tentang tuhan - tuhan ini disebarkan melalui televisyen dan panggung wayang tidak mengira usia.

Setelah pensyirikan halus ini dilaksanakan,pensyirikan nyata pula dilakukan. Tidak anda sedar,setelah mereka telah mensyirikkan akal anak – anak kecil kita kemudian mereka mencipta patung untuk dijadikan peneman di hati,sebagai idola,ramai anak – anak kita jika anda Tanya, “nak jadi apa dah besar nanti?” mereka akan menjawab “nak jadi superman,sebab dia kuat,dia baik,dia boleh terbang” perkara – perkara ini lah saudara – saudaraku yang telah terjadi hari ini. Mereka telah mensyirikkan kita dari kecil lagi,mengosongkan jiwa kita dari kecil lagi. Malah mereka juga membuat keuntungan yang besar hasil dari ini!

patung dewa pelindung manusia zaman modern ini yang menjadi idola anak - anak kecil kita,sehingga ada yang menjadikan ia idola hidup, ini adalah satu bentuk pensyirikan yang nyata,tetapi tidak disedari oleh kita, inilah yang terjadi semasa zaman firaun semua dahulu,patung - patung dewa mereka dijadikan pujaan hidup mereka.

walaupun topic ini kelihatan bodoh dan remeh,tetapi inilah kesannya saudara -saudaraku,ini lah yang telah terjadi pada umat Islam malah bukan umat Islam sahaja,seluruh umat manusia hari ini.Jika anda rasa maklumat ini berguna kepada saudara - saudara kita yang lain,sila sebarkan,inilah tanggungjawab kita sebagai hamba Tuhan,tanggungjawab kita memberitahu saudara -saudara kita tentang penipuan dan kepalsuan yang tidak nampak ini. Harap selepas mendapat kesedaran dari penulisan ini,kita semua sudah tahu mana yang palsu mana yang benar.Perjuangkan kebenaran saudara - saudaraku!Hormati dan sayangilah Nabi Muhammad s.a.w,baginda datang memang untuk menyelamatkan manusia semua ! selawatlah ke atas baginda saudara - saudaraku,penyelamat dan pembawa berita tentang kebenaran pada manusia.

Masih banyak perlu dibincangkan di dalam topic ini,beberapa senjata telah mereka lepaskan pada umat Islam yang umat Islam tidak sedari,senjata – senjata ghaib.akan bersambung lagi insyaAllah….

No comments:

Post a Comment